Log Masuk

  • Masukkan nombor kad pengenalan untuk log masuk - cth. 760505141616) atau
  • Nombor Passport untuk bukan warganegara - cth. A1234567
  • Masukkan katalaluan dan tekan log masuk.

TARIKH-TARIKH PERMOHONAN DALAM TALIAN

 Perkara  Lokasi Tarikh Tutup Permohonan Status

 

 Kursus Pengajian Syariah (KPS)

 Kursus Pengajian Usuluddin (KPU)

 Kursus Tata bahasa Arab Al-Quran   (KBAQ)

 Kursus Kemahiran Membaca Al-   Quran (KMA)

 Kursus Bahasa Arab (KBA)

 

 

Kelas Secara Bersemuka/ Dalam Talian

1. Kampus APIUM, Kuala   Lumpur

Ambilan Mei 2023 BUKA

 

Makluman

Anda mempunyai masalah semasa log masuk?

  1. Sila baca tatacara log masuk di " bahagian Log Masuk" .
  2. Pastikan anda sudah mendaftar sebelum log masuk. Pendaftaran akaun hanya sekali untuk satu nombor IC/Passport.
  3. Sebarang pertanyaan teknikal sila hantar pertanyaan melalui sistem eMaklumbalas@UMCCed atau Whatsapp@UMCCed

Pengajian Syariah

Program yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat dalam disiplin pengajian Syariah. Peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan berbagai aspek yang terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari sudut perkembangan sejarah dan yang relevan masa kini.

Pengajian Usuluddin

Program yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat dalam disiplin pengajian Usuluddin. Peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan berbagai aspek yang terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari sudut perkembangan sejarah dan yang relevan masa kini.

Bahasa Arab

Kursus persijilan ini ditawarkan kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami bahasa Arab khususnya untuk tujuan memahami teks-teks ibadat, al-Quran al-Karim dan Hadis serta ilmu-ilmu agama. Boleh dikatakan bahawa kursus ini merupakan kursus bahasa Arab untuk tujuan khas, iaitu memahami ajaran Islam melalui pemahaman bahasa Arab yang terdapat dalam sumber dan kitab-kitab agama.

Membaca Al-Quran

Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada pengenalan dan asas membaca al-Quran. Bagi peserta yang langsung tidak boleh membaca al-Quran, peringkat ini amat sesuai kerana peserta akan diajar bermula dari mengenal huruf dan mengeja. Seterusnya penekanan terhadap kemahiran membaca termasuk kelancaran bacaan dan dapat mengenal pasti tempat hukum tajwid dalam bacaan.

Tata Bahasa Arab Al Quran

Kursus ini memperkenalkan kaedah belajar Al-Qur’an secara mengenali perkataannya untuk mengetahui makna ayat yang di baca. Pendekatan yang dipilih akan memudahkan penguasaan konsep dan transformasi perkataan yang dipraktikkan kepada ayat Al-Qur’an.



Alamat

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed),
Aras 7, Wisma R&D Universiti Malaya, 
Jalan Pantai Baharu,
59990 Kuala Lumpur.

Hubungi

Tel : (6)03-2246 3600
Faks : (6)03-2246 3601
Email : umcced@um.edu.my

 

©Copyright 2017 - 2023 Bahagian Teknologi Maklumat & Multimedia Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)